Daytime Adventures

Image result for hiking aesthetic gif


السلام عليكم
Aku dah lupa bila kali pertama aku mendaki. Apa yang aku ingat, aku sangat suka mendaki sejak kali pertama aku mencuba. Penat lelah ketika mendaki tu letak belakang cerita, apa yang penting adalah saat aku tiba di puncak, melihat keindahan yang Allah cipta. Terasa diri ini kerdil dan tak punya apa-apa di dalam dunia ini.

Aku masih ingat waktu aku mendaki Gunung Jerai sewaktu ketika dahulu. Jatuh bangun aku sepanjang mendaki itu pun masih segar dalam ingatan.. Penat tu memang penat, semput susah nak bernafas siap aduhaiii.....Aku masih ingat waktu aku merentas hutan memanjat bukit di Ulu Muda. Antara ramai-ramai manusia di situ, aku lah orang pertama yang menangis sebab ada seekor lintah bulan hinggap di kaki. Bila dah habis aktiviti dan aku buka stokin, penuh dengan darah hehe. Banyak lagi kenangan pahit manis aku meneroka flora dan fauna ni.

Bila sampai puncak, hilang terus penat lelah memanjat dan mendaki selama berjam-jam tu. Ada yang lagi seronok, bila jumpa sungai air terjun waktu pertengahan pendakian tu. Ada lagi yang lebih seronok, bila jumpa sungai dan sungai tu berasap!! Macam dalam fantasi. Fuh nikmat!


 

Sebenarnya baru-baru ini aku dan empat orang rakan pengakap baru ja menyihatkan badan panjat bukit setelah berbulan terperap dalam universiti ni huhu. Asalnya, kami hanya berbincang untuk aktiviti kelab Rover Scout seterusnya iaitu XPDC di Sungai Lembing. Secara tiba-tiba, president ajak "Jom lah buat survey dulu esok, kita pergi hiking". Ewah, sudahla waktu berbincang tu aku baru habis kelas, terus diajak naik bukit esoknya hahaha. Secara spontan ja, kami berlima setuju dan terus sewa kereta. Hari esoknya, kami bertolak dari UIA Gambang ke Sungai Lembing, lebih kurang satu jam juga. Parking kereta agak jauh dari Bukit Panorama tu, terpaksa lah berjalan jauh dulu huhu.




Pembimbing kami secara tak langsung ialah deputy president kami huhu. Memandangkan dia agak berwibawa. Silap kami tak panaskan badan dahulu, terus naik bukit. Alhamdulillah aku tak kecundang hahaha, cuma terpaksa jadi pemberi semangat dan motivasi kepada dua lagi rakan aku, Aishah dan Alya haha. Bukitnya tak ada lah tinggi, tetapi curam jadi masih perlukan tenaga yang banyak. Mental dan fizikal kena bersedia tak kira lah tinggi atau tidak. Terima kasih kepada Muqri dan Hafizul, selaku president dan deputy president kerana banyak beri ilmu dan tips supaya tak cepat semput hehe. Maklumlah, dua-dua tu pengakap di raja jadi mereka lebih arif.


 


Walaupun aku mengaku, pemandangannya tak seindah dalam Google, tapi realitinya masih cantik dan lawa. Bila sampai di puncak, masing-masing beri kata tahniah sebab berjaya. Biasalah, dah lama tak hiking, memang penatnya lain macam sikit lah kan.



Okay kemudian kami ke Muzium Sungai Lembing dan Terowong Sungai Lembing sebab alang-alang dah keluar kan, kita jelajah je la Sungai Lembing tu. Air terjun ja tak singgah, sebab tak jumpa dan waze bagi jalan mati dekat kami huhuhu.

Dan itu sahaja mini adventure kami. Plan seterusnya katanya nak daki gunung pulak. Hahaha tak tahu lah aku ikut ja.. Memandangkan peperiksaan pun dah nak dekat, maka ayuhlah kita buka buku pula. Bai Assalamualaikum. :)