A Month In CFS IIUM

Image result for studying gifs

Hello
السلام عليكم
Apa khabaq?

Dah lama okay tak jenguk blog ni UwU
Apa-apa pun, sebenarnya saya busy hehek. Maklumlah, dah sambung belajar. Alhamdulillah dapat lanjutkan pelajaran di CFS IIUM di Gambang ni. Tengah rindu rumah ni, jauh nun di Kedah sana huhu. Sekarang jugak tengah cuti, 5 hari guys tapi aku tak balik Kedah sebab minggu depan dah raya haji kan, baik aku balik nanti, save lah duit siket.

Kalau nak lebih tepat, saya di sini dah sebulan dua minggu. Alhamdulillah ditakdirkan rezeki saya di sini, dapat kos engineering & computer science. Tapi beberapa hari lepas aku dah tukar ke course ICT sebab memang dari dulu aku berhasrat nak belajar ICT, tak pernah pulak aku teringin nak belajar physics, cukuplah aku dah terseksa waktu spm dulu hahah. Tapi haha aku still kena bertahan setahun asasi, memandangkan course ICT, engineering, dan physical science belajaq benda sama ja (maksudnya still kena hadap physics setahun).

Sebenarnya UIA bukanlah pilihan pertama aku waktu isi UPU dulu. Pilihan pertama dan kedua aku adalah Universiti Malaya tapi uhuk tak dapat kan,, dapatlah pilihan ketiga iaitu UIA. Aku percaya ada hikmah Allah aturkan aku di sini. Alhamdulillah dapat peluang belajar bahasa Arab daripada asas. Ya rakan-rakan, kami belajar dari alif baa taa. Waktu minggu pertama ada test arabic dan english. Aku hanya exempted english, maka kenalah belajar bahasa Arab. Tapi aku enjoy ja, so far so good :D Subjek yang aku kena belajar sem ni termasuklah - Islamic Revealed Knowledge (IRK), Programming, Quranic Language, Chemistry, Physics, Maths & Practical Chemistry.. Alhamdulillah jadual taklah packed sangat tapi still, kena bangun awai (:

Dan minggu lepas dah ada quiz/test - IRK, Maths, Chemistry, Physics, Programming. Okay lah bole la jugak jawab kecuali physics guwee waduh aku taktau la wei haha.

Selain pembelajaran, saya nak jugak berkongsi pasal kawan-kawan hehe. Roommate aku semua orang pantai timur, 2 dari Terengganu, seorang dari Kelantan. Depa semua okayyyy ja aku bersyukur dapat roommate okay huhu. Classmates pulak, ada 24 semuanya, dan aku saja dari Kedah. Classmates saya hanya seorang sahaja lelaki hahaha. Tapi disebabkan itu, kami semua boleh rapat selesa nak bertanya bergurau pun takda hal.

Saya ada juga join kelab di sini. Aku pilih untuk sertai Rover Scout. Rakan-rakan, zaman pengakap aku tak berakhir di sekolah okay, sebabnya  'Once A Scout, Always A Scout'. Alhamdulillah dapat pegang jawatan sebagai setiausaha. InsyaAllah aku usaha untuk seimbangkan pembelajaran dan kelab ni.

Dari segi persekitaran, memang takda masalah. Seperti yang anda tahu, kami batch pertama untuk rasmi semua bangunan di sini. CFS IIUM Gambang ni dikelilingi hutan, maka kawasan dia pun tenang, pagi-pagi sejuk, awan pun lawa fuh. Tapi itulah, nak keluar outing tu kena fikir banyak kali, jauhhh kena ke Kuantan sana haha dan hm dekat Kuantan pun tak banyak sangat benda boleh buat lol. Ya sebab tu lah aku mereput sekarang dalam bilik. Ooou lupa pulak, ada Pantai Teluk Cempedak kat Kuantan ni, lawa jugak lah haritu aku pergi.

Ya semua, sedar tak sedar dah nak dekat dua bulan aku di sini. Lepas habis sini, InsyaAllah sambung degree di Gombak pula, doakan sayaaa. Dan itulah kehidupan saya selama sebulan di CFS IIUM Gambang ni. Sekian Terima Kaseh :p

  
 
 








17 comments:

nanad said...

Wahhh bestnya dapat study kat UIA. Good luck la ye. Enjoy your student life :)

MisDiarios said...

buat betul2 okehh

Anis Nabilah said...

good luck in your studies okayy!! InsyaAllah moga-moga semua urusan dipermudahkan 😘

Farah Hanani Ramli said...

Good luck! :)

ray said...

all da best in whatever you pursue ^^

Tqa London said...

Good luck for your next journey in Gombak :)

Suhana Abidin said...

hai hana . wahhh , budak UIA . Bukan biasheee biasheee nie :) Kuantan syurga makanan tau . banyak sangat cafe hipster yang affordable price . Not only tc yang ade pantai , banyak pantai lain jugak tau . . Btw , enjoy ur student life . .

Hanna said...

Huhuuu sis tolong recommend tempat2 best kat sini please 😅😂

Hanna said...

Hehe thank you sister ;)

Hanna said...

InsyaAllah terima kasih :D

Hanna said...

Thank you! :)

Hanna said...

Terima kasih !! InsyaAllah :D

Hanna said...

InsyaAllah I'll do my best ;)

Hanna said...

Thank you sis ! 😁🤗😉

Cahaya Kebaikan ♥ said...

Wahhhh! Bestnya dpt study dkt UIA! Best of luck for your studies and everything onwards! :)

Mazni Munawar said...

saya dulu teringin sangat nak belajar UIA tpi takde course art pula huhu
alhamdulillah dapat kawan2 yg baik, persekitaran yg best utk belajar. goodluck!

NiniHanini said...

Once a scout, always a scout, setujuu XD

Post a Comment