Solo Trip

Image result for aesthetic travel gif


Aku yakin dan pasti semua orang ada impian untuk pergi mengembara/melancong/kelilingi dunia sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Gila kau, siapa ja yang taknak?? 

Bulan lepas;Januari, saya dengan jayanya dah ke Kuala Lumpur.

Ya aku tahu, KL je pun. Tapi..,,, bagi aku, trip ini sangat bermakna walaupun dah banyak kali aku jejak kaki di ibu negara Malaysia ni.

Pertama, aku berjaya melangkah keluar dari zon keselesaan aku.. Sebagai seorang introvert, bandar raya bukanlah tempat untuk aku. Aku kalau boleh nak tinggal dalam hutan ja, jauh daripada manusia. Aku tak suka dan rimas dengan suasana yang sibuk dan bising.. Awalnya memang aku takut nak berhadapan dengan suasana macam itu, tapi sampai bila lagi aku kena takut kan? Nak taknak aku kena juga beranikan diri hadap semua tu walaupun sangatlah tak selesa ugh.

Kedua, aku ke sana seorang diri, juga merupakan perkara di luar zon keselesaan aku. Memang selama ni aku suka berseorangan, tapi berseorangan di tempat orang...hm tak pernah lagi lah. Jadi aku paksa diri untuk bergantung pada manusia sekeliling, iyalah, hidup ni memang harus saling bergantung, tak bagus kalau asyik berseorangan ja. Memang sangat-sangat mencabar memandangkan ini kali pertama buat aku.

Ketiga, aku dalam bajet. Aku tak plan untuk bermewah dekat sana. Aku cuma nak merasa pengalaman berseorangan di tempat orang hihi. Aku gunakan duit untuk keperluan sahaja, bukan keinginan. Lagipun aku bukan jenis yang suka membeli-belah so takda hal lah.

Ya begitulah. Sebenarnya semua ni terjadi secara spontan. Habis ja SPM tahun lepas, aku terasa nak buat sesuatu yang mencabar. Jadi aku tak plan apa-apa sangat pun, aku fikir biarlah takdir yang menentukan semuanya nanti haha.. Dan semua ni adalah inspirasi daripada Yes Theory yang menggalakkan semua orang untuk 'SEEK DISCOMFORT'. Dengan bangganya aku telah berjaya seek the ultimate discomfort.

InsyaAllah, there's a lot more ahead. Yie I'm starting small, plan seterusnya mungkin nak backpacking di negara orang pulak, maybe, idk....

Di sini aku nak letakkan quote daripada sebuah lagu Avicii;The Nights :

"One day you'll leave this world behind. So live a life you will remember."



6 comments:

Farah said...

For some, this might be a small matter but as a fellow introvert, I totally get you! This is such a huge step :)

I don't like big city as well tapi teringin juga nak jalan-jalan dekat KL tu :)

chickhen said...

:)))

Syadiya Khairul said...

samee!even KL pun i think memang rasa macam seronok sangat!

http://sayesyadiya.blogspot.my

Hidayatun Nadhirah said...

Tahniah sebab berjaya keluar dari comfort zone dan berani mencuba..

anamizu said...

wahhhhh tahniah Hanna berjaya keluar dari comfort zone! anda berani! hehehe

Bro Ley said...

Congrats hanna! aku tahu tak mudah seorang introvert nak mix up dengan orang ramai. Perlu energy yg cukup dan mental yg bersedia gak tu. Ok dah tu boleh survive pergi kl sorang2. Kadang2 kena keluar dari comfort zone jugak baru lah kita jadi lagi matang dan dewasa.. btw pergi kl jalan bandar2 dia tak best mana pun. hahaha.. kalau nak pergi kl lagi cari la dulu aktivit apa boleh buat baru syok..

Post a Comment