Pasca SPM 2018

disclaimer : It's unofficially done but whatever.


Dah hampir sebulan kami ambil kertas SPM yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas 1. 13/11, hari pertama bermulanya perjuangan kami dalam menamatkan fasa persekolahan hehe. Kertas terakhir aku sebenarnya 12/12 ni tapi takpa lah, ada seminggu lagi jadi waktu ni waktu pramerdeka lah hahaha eh biarlah nak sambut awal pun >.<

Kalau nak diringkaskan, tahun ni lah tahun yang paling mencabar buat aku. Macam-macam perasaan aku rasa.. Tak sabar aku nak habiskan sekolah, aku dah taknak hadap semua tu. Dari segi pelajaran, life dengan kawan-kawan, personal life lagi,, memang aku stress.. Aku tahu, orang cakap lepas SPM ni lah kehidupan yang sebenar bermula. Aku sedar okay, tapi buat masa sekarang memang aku bahagia sekolah dah habis huhu.

Okay,
aku nak buat rumusan tentang soalan-soalan SPM yang keluar baru ni..

Mathematics
Subjek kegemaran. Selalunya waktu exam memang aku akan excited nak jawab maths.. Tapi waktu SPM, soalan yang keluar tu macam tak seronok sangat haha. Untuk kertas1, alhamdulillah lah, aku dah semak dah pun >.< Untuk kertas2, boleh pulak ada soalan salah.. Haiss,, waktu baca soalan pun aku tahu memang tak logik, aku cuba buat dan memang tak boleh dapat jawapan. Aku keluar dewan, bagitau orang lain, tapi kawan-kawan aku cakap depa dapat ja jawapan asdfgjkl. Tapi bila balik rumah, cikgu aku sendiri confirmkan yang soalan tu salah. Students dari sekolah lain pun cakap soalan tu salah. So yeeeeea kawan-kawan, jawapan anda tu memang salah, bukan aku yang blur waktu tu hehehehe. Oh ohh ingat tak ada satu soalan yang saja nak perangkap kita, ye soalan Nancy tu HAHAHA. Soalan probability pasal laki dan perempuan, diberi nama Nancy tapi sebenarnya dia lelaki.. Siapa yang baca betul-betul tu nasib baik lah ><

Sejarah
Brace yourself, subjek ni memang mengajar aku erti 'expect the unexpected'.. Spot soalan dari kebanyakan sekolah memang sama ja kot. Jadi memang kami fokus spot ja. Cikgu aku siap pesan lagi beberapa hari sebelum exam, "kamu baca yang ini ja, takkan nak baca satu buku kot?", perhh memang yakin gila lah kami tajuk spot tu memang keluar. Sekali bukak kertas tuuu,,,, naaah tak keluar langsung HAHAHA. Termenung lah kami dalam dewan tu.. Tapi soalan esei dan kertas1 alhamdulillah senang heheehe.
Oh, ingat tak ada beberapa isu timbul pasal soalan sejarah yang buatkan ramai orang tak puas hati? Yerr, ada soalan tentang cara nak bagi orang Melayu terima Malayan Union. Ramai lah pejuang bangsa yang tak puas hati dengan soalan tu. Sejujurnya aku takda masalah pun dengan soalan tu, kaitkan ja dengan faktor penentangan dan PTM1948. Pendapat aku, soalan ni keluar tak sesuai dengan keadaan Malaysia sekarang ni yang banyak isu perkauman berlaku.

Physics, Biology, Chemistry
Kalau nak rank subjek ni ikut kegemaran, number 1 would be Chemistry, Biology dan terakhir Physics. Tapi waktu SPM, bagi aku yang paling ok adalah Physics, kemudian Chemistry dan seterusnya Bio.. Aku tak tahu laaa,, memang aku risau tiga subjek ni, terutamanya Chemistry. Aku ingat lagi, waktu tingkatan 4 adalah zaman kegemilangan aku untuk subjek ni. Naik tingkatan 5, result menurun.. Cikgu aku siap tanya lagi "kenapa tahun ni kamu macam hanyut?", sedih ya amat.. Untuk Bio, memang result aku tak menentu, kadang A kadang B. Cikgu cakap, untuk Bio memang gred tak akan turun, so aku tak boleh nak expect result aku macam mana nanti.. Physics hmmmm memang tak tahu nak buat macam mana, aku memang tak dilahirkan untuk subjek ni. Tapi aku bersyukurrr waktu SPM boleh jawab.. Ya, untuk P1, P2 dan P3, urusan aku dipermudahkan alhamdulillah.

Additional Mathematics
Ya rakan-rakan,,, subjek yang paling ashjsfjfhjjfkhfg. Ingat tak isu budak MRSM yang viral sebab bakar buku tu? Hahaha sejujurnya aku faham perasaan dia tapi aku bantah tindakan dia tu. Ada yang kecam, ada yang kata bodoh, ada yang kata budak2 SPM terlalu banyak main telefon.. Entahla nak.
Cikgu kata, banyakkan buat latihan soalan tahun-tahun lepas, sebab soalan macam tu ja yang nak keluar SPM pun... HAHAHA, tahu tak bentuk soalan tak sama langsung!! Soalan function pun diorang twist, aku tak pernah tengok soalan macam tu, jadi aku tak tahu soalan tu nak apa. Paper1, number tak banyak, symbol je banyak, lepastu suruh kira. Soalan KBAT tak payah cakap lah, memang terlalu KBAT. Dengan bentuk soalan yang baru, KBAT terlalu extreme, cuba bagitahu macam mana kami nak urus masa dengan kena fikir lagi,,, satu soalan sampai 2 mukasurat jawab,, arghhh. Aku blur sungguh waktu jawab.. Sebelum ni tak blur, tu pun dapat cukup-cukup makan ja, bayangkan kalau dah blur HAHAHA sesungguhnya aku tawakkal ja..

Aku risau ja sekarang ni.. Dengan beberapa subjek yang dah hancurkan harapan aku... Target aku nak dapat 7A keatas.. Tapi target sekolah lagi tinggi. Kalau nak tahu, sebab ini lah yang buatkan aku stress.. Waktu final exam tingkatan 4, result aku alhamdulillah memang okay. Aku antara student muslim yang dapat top5 masa tu.. Dan aku tak tahu lah, cikgu ambil result exam tu untuk tetapkan target sekolah untuk kami dalam SPM. Oh bukan cikgu, sebenarnya PPD yang target, katanya nak bangkitkan kegemilangan student Melayu..?? Targetnya bukan biasa-biasa gaiss, bukan straight A tapi straight A+. Lawakla, subjek BM pun tak pernah dapat A+, straight A pun tak pernah dapat.. Bertambahla tekanan aku. Sampai menangis-nangis aku setiap kali exam.. Kadang memang aku hilang semangat terus, aku kurung diri dalam almari sambil menangis, rasa macam aku hampakan semua orang.. Zzzzzzzz

Dan untuk pengetahuan semua, SPM tak habis lagi ni.. Aku masih ada satu lagi subjek, Sains Komputer. Ye aku ambil satu subjek elektif.. Subjek favourite gak ni,, aku memang minat pasal komputer.. Hihi tapi lambat lagi, ada lagi seminggu,, so aku isytiharkan sekarang ni merdeka pertama, 12 Disember ni merdeka kedua okay. Doakan saya!!

Assalamualaikum- :)


5 comments:

SUHANA ABIDIN said...

good luck on your result dear .

Khairinakhdin said...

Tahniah dah habis walaupun belum official lagi. Saya faham perasaan awak untuk subjek Sejarah tu,tahun lepas pun macam tu jugak.Takpe goodluck for your result.Awak dah buat yang terbaik :D
https://thekhairina.blogspot.com/

minahgojes said...

Tahniah sebab dah berjaya harungi perjuangan spm ni walauun belum official lagi hehe. Perlu diingat bahawa perjalanan awak masih panjang.banyak lagi cabaran yang perlu awak tempuhi lepas ni. Good luck dear untuk last paper nanti. Saye doakan yang terbaik untuk awak. Semoga beraya dunia dan akhirat ye.

hanna hatake said...

Thankss✌️ ;)

Mazni Munawar said...

all the best awak! yg dah berlalu tu biarkan dia, jangan fikir2 lagi. yg penting tawakkal sebab kita tahu kita dah buat yg terbaik kan

semoga dapat keputusan yg cemerlang!

Post a Comment