2017 So Far

            Related image

Back at it again with a new post! Dah bulan February kottt hahaha time flies too fast m8! Aku pun dah dua bulan jadi student form 4. Seksa weh ambil pure science. Physics dan chemistry tu boleh tahan best lah jugak. Tapi Biology tu ya tuhan dah tak nampak masa depan HAHAHA. Hats off untuk para doctors sekalian sebab dapat kuasai biology, anda memang bijak. Add math pulak setakat ni best jugak hihi. Dan untuk elective subject aku ambik computer science yg setakat ni sangat teramat best tambah-tambah belajar coding tu perhhh.

Untuk tahun ni setakat ni takda apa yang menarik lagi. Makin busy (waktu lapang aku tidurzz). Badan tak gemuk lagi alhamdulillah hahahaha. Berat pun maintain 40-43 kg ja HAHAHA. 

Baru-baru ni sekolah aku jadi tuan rumah untuk perlawanan volleyball daerah Kulim. Takkkkk aku tak main pun. Cuma aku terlibat dengan scoresheet tu. Kira macam aku ni penting jugak lah hahaha. 3 hari kot, 1st day perlawanan lelaki sekolah menengah, 2nd day pulak untuk perempuan sekolah menengah. Untuk 3rd day sekolah rendah laki perempuan, yg ni sepatutnya buat dekat sekolah sebelah (SKTAM) tapi gelanggang tak cukup so.... Penat tu memang ah,,,, non-stop kot. 3rd day paling penat sampai 20+ games kena buat scoresheet tu. Tapi yg best dapat ushaa player ahhhahaha. Ada sorang ni pakai jersey number 18( laki sekolah menengah) smarttttttttttt aku dah siasat pasal dia jangan risau. Dan yg lagi best waktu SKTerap main, semangat kot captain dia baru sekolah rendah.. tapi dapat number dua....... hancur hati tau dak sebab aku menjerit dari awal game nak depa menang tapi kalah dengan SKTAM.. huhu






Khamis lepas, sekolah aku buat hari sukan. Awai kot selalunya bulan 5 macam tu. Tapi sebab pengetua nak pindah esok (ahad) so kami buat awal lah. Aku memang tak terlibat pun dengan acara balapan apabenda ni sebab aku memang bukan orang sukan hahaha. Tapi terlibat dengan perbarisan pengakap. Aku join sebab nak merit ja. Memangdangkan tahun ni saja aku dah kutip banyakkkkkkk dimerit so... Perbarisan pun buat cincai-cincai ja haha pagi hari sukan tu baru nak susun kedudukan hahaha lantak ah asalkan dapat merit. Yg bestnya untuk perasmian hari sukan ada buat gimik paragliding. Best tengok dua orang naik benda tu, sorang dari Malaysia sorang lagi dari Australia. Bayangkan ramai orang luar berhenti depan sekolah sebab nak tengok hahaha biasa ah weh, dok Kulim memang jarang benda-benda ni nak jadi sebabtu perak sikit (bangga sat)..




Muka burn berbelang-belang dah ni dok berjemur tengah panas hahaha tapi lek ah bila lagi nak active macamni, nanti dah besar mana ada dah.. Better aku enjoy sekarang kan kan.

Dan kalau tak Khamis tu, ada kursus ketua patrol pengakap sampai harini (Sabtu). Aku semangat kot nakpi. Tapi sampailah hari Selasa lepas, cikgu cancel sebab sikit sangat student Badlishah yg nak join hahaha. Jealous tengok scouts SMKSAC upload gambar tadiiiii. Haih nanti ada event naik Gunung Jerai. Memang aku nakpi sangat. Tahun lepas banyak dah event scout aku takpi sebab nak focus PT3. Tahun ni takda exam apa memang aku nakpi lahhhhhhhh. Dahla World Jamboree tahun lepas tak dapat sijil lagi haha sedih weh.

Next month ada first exam. Habaq siap ah untuk bio memang aku pasrah awai-awai k. Class agama dah berapa kali dah tak masuk sebab terlibat macam-macam hahaha. Add math pun, tapi setakat ni boleh ligan apa yg cikgu ajar even tak masuk kelas. Yg lain tu kite ikhtiar jekkk huhu. Wish me luck gaissssss. Okkkkkbyeeeeeeeoo.



No comments:

Post a Comment