study tips

Image result for study tumblr

1 Study ikut mood..
- Okay mesti ada yang kurang setuju dengan tips ni. Tapi aku rasa cara ni berkesan untuk aku hehehehe. Bukan selalu mood study tu nak datang tapi sekali dia mai, aku boleh baca 10 buku dalam satu jam hahaha jkjkjk. Tadi aku tengah buat add math tapi mood dah hilang so aku buka laptop. For me lah kan, kalau study secara terpaksa tu takda guna pun, baca banyak mana pun, tetap tak masuk kepala. Sebab stress.... Tak tau lah kalau ada orang yang okay ja study secara terpaksa, tapi aku tak bolehhhhhhzzzzzz. 

2 Study banyak subject..
- Selalu kita tengok orang akan study satu subject dalam satu masa. Dia akan habiskan subject tu dulu then dia sambung dengan subject lain. Ini adalah satu kesalahan waktu study. So caranya elakkan lah buat centu. Ok jk. Contohnya, kalau kita tengah study add math, dan sampai satu tahap yang kita dah tak boleh nak paham, tolonglah stop. Jangan paksa diri.. Sebaiknya buka lah buku lain study. Cikgu aku kata, bila study pastu otak dah pening, try study subject lain lak.. Confirm akan paham sebab masatu otak kita tengah pusing hahahahaha (jangan pcaya).

3 Coffee
- Sesetengah orang akan cakap coffee tak bagus untuk kesihatan. Hmmm aku setuju but nothing can stop me. Aku bertahan lewat malam sebab coffee ja hahaha. Apa kaitan coffee dengan study?! Hahaha tak, ni untuk sesapa yang prefer study malam-malam buta tapi takleh tahan mengantuk (macam aku). Tapi siap sedia lah nanti dapat penyakit awal usia zzzzzz. 

4 Study group?
- Yg ini aku tak setuju sangat. Bukan apa, study group yg aku join, tak pernah menjadi haha. Kalau nak buat jugak, ni pro tips untuk anda. Jangan bawak kawan satu kepala dgn anda(nanti jadi kot lain). Always bawak orang yang pandai (untuk ajar kalau tak paham). Baling phone jauh-jauh (sebab phone ni ibarat iblis yg nak hancurkan hidup kita). Study di tempat yg senyap (kalau bising tak boleh nak focus).

5 Dengar lagu?
- Hahaha yg ni tricky sikit.. Orang kata kalau dengar lagu, senang sikit nak paham apa yg kita study. Pffttttt tolong sikettt aku study sambil dengar lagu 1 jam, tak masuk pun otak. Okay ni pro tips hahaha. Kalau taknak bosan study, dengarlah lagu tapi... Jangan pakai earphone. Nanti lagu tu masuk direct dalam otak so akan ada dua benda berebut nak masuk otak, lagu dan ilmu (hanna's theory) >.< So dengarlah lagu tanpa earphone, nak senang pasanglah phone dekat speaker pastu letak jauh-jauh.

6 Focus
- Ok yang ini kena pilih salah satu, focus dalam kelas or focus waktu ulangkaji (jangan pilih dua-dua lah nerd). Aku ada kawan, dia kuat main, waktu lapang dia pergi merempit haha. Tapi satu ja aku perasan, result dia tak pernah tak cemerlang. Bila aku tanya, dia kata, buat apa yang kita enjoy tapi dalam kelas kena lupakan semua tu. Focus apa yg cikgu ajar. Kawan ajak sembang ignore ja dia. Dia kata tu cara paling best nak dapat result yg okay. Tapi kalau taknak focus dalam kelas, balik rumah make sure focus sepenuhnya waktu ulangkaji.

7 Makannnnnnn
- Hahaha fyi, dalam beg sekolah aku penuh dengan chocolates. Dekat rumah siap ada refill lagi. Dalam kelas aku makan bila ngantuk. Tapi pandai-pandai cover lah jangan bagi cikgu nampak. Ni lah apa yg aku buat kalau taknak bosan+ngantuk dalam kelas. Kadang-kadang malas nak bangun pergi tandas basuh muka so apa aku buat? Aku makan.

8 Solat
- Ok yang ni biasa lah, pi mana pun orang akan pesan suruh solat. Abah aku kata, kita pandai tara mana pun, once kita lupa Allah, Allah boleh tarik balik kelebihan tu bila-bila masa ja. Duk sibuk baca banyak-banyak tapi kita lupa siapa yang nak izinkan kita paham apa yg kita study tu. Nak berjaya kena usaha, doa, tawakkal. Kalau tak buat salah satu, hm jangan harap lah nak berjaya. Ada orang solat cincai-cincai pun pandai hahaha takyah lah nak pedulikan depa tu, tu namanya istidraj, Allah nak uji depa cara tu. Solat baik-baik laaa, mintak doa banyak-banyak. And trust his timing.


ps , tips ni untuk diri aku jugak yg banyak main padahal tahun depan nak spm. yang suka tidur dalam kelas. yang selalu kena marah dgn cikgu (takpun). okbai