5th Scout Jamboree and International Brotherhood



Image may contain: 13 people, people smiling, outdoor

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam pengakap >.<

Whoaa I can see dust all over this blog hahahah welcome back to myself lol. Awkward benor nak type, tangan ni dah biasa pegang pen ja HAHAHAHA. Ok back to the topic, ye saya salah seorang peserta Jamboree Pengakap Kedah dan Persaudaraan Antarabangsa baru-baru ni hehehe*proud.

It's been a week! Oiy time, you need to slow down m8! I miss this jamboree already :( When I say miss, I mean freakin miss it sooooo much. 

5 hari 4 malam bertapak dekat atas padang tu ayyyye shoutout to Kolej Pertanian Bukit Tangga for having a really nice place to stay at. Thanks juga students college tu sebab tak marah aku yang pergi naik asrama sorang-sorang pagi buta nak cari bilik air sebab tandas dekat tapak kem tu penuh huhuhu. Kolej ni luas sampai muat nak sumbat 4000+ peserta dari banyak negara ; Malaysia, Indonesia, Thailand, US, S.Korea, Italy. 

So apa yg kami buat dekat situ? Em, daaaa, macam biasa la >< . Radio tu wajib, ada aktiviti adventurous, kebudayaan, ekspedisi, random activities..... Yg paling best, obviously adventure. Ada flying fox, paintball, merangkak dalam lumpur which I don't really know what it's called, memanah, rakit, kayak, dan banyak gi aaaaaa. Dan bila terlalu syoq, terlalu enjoy, maka tiadalah gambar sebab terlupa hahahaha.

Ekspedisi pulak buat dekat area Alor Star.  Lebih kurang 2 jam dari kolej tu. I gotta admit, ekspedisi tu agak bosan hahahaha. Bukan apaaa, dah selalu ke Alor Star kot. Tapi orang lain mungkin enjoy kot sebab aku tengok depa happy jek tambah-tambah scout Thailand.. Walaupun masuk Museum Padi tu agak creepy+bosan tapi entahlah haha..

Macam biasa, semua orang pergi jamboree sebab nak rebut sijil emas. 4000+ orang berebut, bayangkan. Hahaha tapi this gal right here got one ayye.. Macam mana nak dapat? Kena buat at least 32/40 activities sepanjang 5 hari tu untuk dapat gold. Dan ya, disebabkan aku ni over sikit, maka terbuat sampai 37 activities hehe. Lagi 3 tu aktiviti yg aku rasa membosankan sebab tu tak buat. Tapi kekuatan semangat ni buat aku habiskan 37 aktiviti tu dalam masa 3 hari ja >< nampak takkkk kesungguhan aku di situ?????

Oh ya, setiap malam ada persembahan kebudayaan dari setiap negeri/negara. I'm not into that kind of stuff so aku tak join, belah awai pergi tidoq dalam khemah. OHHHH cakap pasal khemah, hehehhe khemah daerah Kulim sebelah aje dengan khemah kontinjen luar negara, sebelah kami US , Korea, Italy, Indonesia (sebab depa ni sikit ja). Sebelah satu lagi khemah kontinjen Thailand. Sempat lah jugak buat kawan walaupun aku tak paham orang Thailand sembang apa.... zzzz

Kesimpulannya, jamboree ni memang best! Banyak lagi pengalaman yg aku tak sumbat masuk dalam entry ni tapi tak hapeee la. Kalau ada rezeki, ayuh jumpak di next jamboree ; Melaka, Kelantan. Lombok. Waktu form 4 ni nak enjoy habis-habisan walaupun pelajaran dah ke laut huhu....

Ok ini gambar
Scout 03 ; lelaki lari pi mana taktau
This sporting Filipino girl (idk her name)
South Korean
I believe his name is Chase?
Muzium Padi dan Sarah
Masjid ni lawaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mrs steal yo boiy
random siamese scout boy lol
Jiran khemah dan negara ; Indonesia

more Thailand
?randompic?







Importance of; Religion

Related image

Today, we live in a world where there are no boundaries, a world where sometimes right is wrong, wrong could be right and the winner reigns supreme. Religion seems to be of little importance. What then, is the essence of religion? In essence, it is a set of beliefs that can guide one through incalculable numbers of situations. Some people claim that religion, in the modern world, undermines people and that people could do without religious pressure. Others feel that religion is crucial to the development of the mind, body and soul of every individual. I strongly disagree that religion has no part in the modern world; on the cotrary, religion is more important than ever in today's society. 

Fist, religion has a positive impact on people's life. 'teens who consider religion important in their lives are half likely as other teens to drink or smoke marijuana and cigarettes'. For one teen, 'If you do something bad, it's like you're hurting God. The more you do it, the higher the barrier, and the more empty you'll feel'. Religion has more or less been a guiding force and it continues to instill in people that life has meaning and value. There appears to be a significant difference in the behavior of those who are religious as opposed to those who do not believe in God. So, how can we say that religion has no place in the modern world? We need it more than ever!

Religion teaches people how to exert their energy in more positive forms, reaching towards a higher standard of life. Religion also instills the importance of leadership, education and social services.

Religion gives followers a model for living their faith. It teaches us how to live in a world like ours and it serves as the ground for our conscience. We are able to face problems with courage and hope because of a strong faith in God. Atheist; people without a religion have no single path to follow in order to lead an ideal life, they only cling on to their personal beliefs and experiences.

The absence of religion would be detrimental because religion is an essential part of human life. If humans were to neglect or deny religion, the world will become a desolate place, devoid of any hope.



2017 So Far

            Related image

Back at it again with a new post! Dah bulan February kottt hahaha time flies too fast m8! Aku pun dah dua bulan jadi student form 4. Seksa weh ambil pure science. Physics dan chemistry tu boleh tahan best lah jugak. Tapi Biology tu ya tuhan dah tak nampak masa depan HAHAHA. Hats off untuk para doctors sekalian sebab dapat kuasai biology, anda memang bijak. Add math pulak setakat ni best jugak hihi. Dan untuk elective subject aku ambik computer science yg setakat ni sangat teramat best tambah-tambah belajar coding tu perhhh.

Untuk tahun ni setakat ni takda apa yang menarik lagi. Makin busy (waktu lapang aku tidurzz). Badan tak gemuk lagi alhamdulillah hahahaha. Berat pun maintain 40-43 kg ja HAHAHA. 

Baru-baru ni sekolah aku jadi tuan rumah untuk perlawanan volleyball daerah Kulim. Takkkkk aku tak main pun. Cuma aku terlibat dengan scoresheet tu. Kira macam aku ni penting jugak lah hahaha. 3 hari kot, 1st day perlawanan lelaki sekolah menengah, 2nd day pulak untuk perempuan sekolah menengah. Untuk 3rd day sekolah rendah laki perempuan, yg ni sepatutnya buat dekat sekolah sebelah (SKTAM) tapi gelanggang tak cukup so.... Penat tu memang ah,,,, non-stop kot. 3rd day paling penat sampai 20+ games kena buat scoresheet tu. Tapi yg best dapat ushaa player ahhhahaha. Ada sorang ni pakai jersey number 18( laki sekolah menengah) smarttttttttttt aku dah siasat pasal dia jangan risau. Dan yg lagi best waktu SKTerap main, semangat kot captain dia baru sekolah rendah.. tapi dapat number dua....... hancur hati tau dak sebab aku menjerit dari awal game nak depa menang tapi kalah dengan SKTAM.. huhu






Khamis lepas, sekolah aku buat hari sukan. Awai kot selalunya bulan 5 macam tu. Tapi sebab pengetua nak pindah esok (ahad) so kami buat awal lah. Aku memang tak terlibat pun dengan acara balapan apabenda ni sebab aku memang bukan orang sukan hahaha. Tapi terlibat dengan perbarisan pengakap. Aku join sebab nak merit ja. Memangdangkan tahun ni saja aku dah kutip banyakkkkkkk dimerit so... Perbarisan pun buat cincai-cincai ja haha pagi hari sukan tu baru nak susun kedudukan hahaha lantak ah asalkan dapat merit. Yg bestnya untuk perasmian hari sukan ada buat gimik paragliding. Best tengok dua orang naik benda tu, sorang dari Malaysia sorang lagi dari Australia. Bayangkan ramai orang luar berhenti depan sekolah sebab nak tengok hahaha biasa ah weh, dok Kulim memang jarang benda-benda ni nak jadi sebabtu perak sikit (bangga sat)..




Muka burn berbelang-belang dah ni dok berjemur tengah panas hahaha tapi lek ah bila lagi nak active macamni, nanti dah besar mana ada dah.. Better aku enjoy sekarang kan kan.

Dan kalau tak Khamis tu, ada kursus ketua patrol pengakap sampai harini (Sabtu). Aku semangat kot nakpi. Tapi sampailah hari Selasa lepas, cikgu cancel sebab sikit sangat student Badlishah yg nak join hahaha. Jealous tengok scouts SMKSAC upload gambar tadiiiii. Haih nanti ada event naik Gunung Jerai. Memang aku nakpi sangat. Tahun lepas banyak dah event scout aku takpi sebab nak focus PT3. Tahun ni takda exam apa memang aku nakpi lahhhhhhhh. Dahla World Jamboree tahun lepas tak dapat sijil lagi haha sedih weh.

Next month ada first exam. Habaq siap ah untuk bio memang aku pasrah awai-awai k. Class agama dah berapa kali dah tak masuk sebab terlibat macam-macam hahaha. Add math pun, tapi setakat ni boleh ligan apa yg cikgu ajar even tak masuk kelas. Yg lain tu kite ikhtiar jekkk huhu. Wish me luck gaissssss. Okkkkkbyeeeeeeeoo.



study tips

Image result for study tumblr

1 Study ikut mood..
- Okay mesti ada yang kurang setuju dengan tips ni. Tapi aku rasa cara ni berkesan untuk aku hehehehe. Bukan selalu mood study tu nak datang tapi sekali dia mai, aku boleh baca 10 buku dalam satu jam hahaha jkjkjk. Tadi aku tengah buat add math tapi mood dah hilang so aku buka laptop. For me lah kan, kalau study secara terpaksa tu takda guna pun, baca banyak mana pun, tetap tak masuk kepala. Sebab stress.... Tak tau lah kalau ada orang yang okay ja study secara terpaksa, tapi aku tak bolehhhhhhzzzzzz. 

2 Study banyak subject..
- Selalu kita tengok orang akan study satu subject dalam satu masa. Dia akan habiskan subject tu dulu then dia sambung dengan subject lain. Ini adalah satu kesalahan waktu study. So caranya elakkan lah buat centu. Ok jk. Contohnya, kalau kita tengah study add math, dan sampai satu tahap yang kita dah tak boleh nak paham, tolonglah stop. Jangan paksa diri.. Sebaiknya buka lah buku lain study. Cikgu aku kata, bila study pastu otak dah pening, try study subject lain lak.. Confirm akan paham sebab masatu otak kita tengah pusing hahahahaha (jangan pcaya).

3 Coffee
- Sesetengah orang akan cakap coffee tak bagus untuk kesihatan. Hmmm aku setuju but nothing can stop me. Aku bertahan lewat malam sebab coffee ja hahaha. Apa kaitan coffee dengan study?! Hahaha tak, ni untuk sesapa yang prefer study malam-malam buta tapi takleh tahan mengantuk (macam aku). Tapi siap sedia lah nanti dapat penyakit awal usia zzzzzz. 

4 Study group?
- Yg ini aku tak setuju sangat. Bukan apa, study group yg aku join, tak pernah menjadi haha. Kalau nak buat jugak, ni pro tips untuk anda. Jangan bawak kawan satu kepala dgn anda(nanti jadi kot lain). Always bawak orang yang pandai (untuk ajar kalau tak paham). Baling phone jauh-jauh (sebab phone ni ibarat iblis yg nak hancurkan hidup kita). Study di tempat yg senyap (kalau bising tak boleh nak focus).

5 Dengar lagu?
- Hahaha yg ni tricky sikit.. Orang kata kalau dengar lagu, senang sikit nak paham apa yg kita study. Pffttttt tolong sikettt aku study sambil dengar lagu 1 jam, tak masuk pun otak. Okay ni pro tips hahaha. Kalau taknak bosan study, dengarlah lagu tapi... Jangan pakai earphone. Nanti lagu tu masuk direct dalam otak so akan ada dua benda berebut nak masuk otak, lagu dan ilmu (hanna's theory) >.< So dengarlah lagu tanpa earphone, nak senang pasanglah phone dekat speaker pastu letak jauh-jauh.

6 Focus
- Ok yang ini kena pilih salah satu, focus dalam kelas or focus waktu ulangkaji (jangan pilih dua-dua lah nerd). Aku ada kawan, dia kuat main, waktu lapang dia pergi merempit haha. Tapi satu ja aku perasan, result dia tak pernah tak cemerlang. Bila aku tanya, dia kata, buat apa yang kita enjoy tapi dalam kelas kena lupakan semua tu. Focus apa yg cikgu ajar. Kawan ajak sembang ignore ja dia. Dia kata tu cara paling best nak dapat result yg okay. Tapi kalau taknak focus dalam kelas, balik rumah make sure focus sepenuhnya waktu ulangkaji.

7 Makannnnnnn
- Hahaha fyi, dalam beg sekolah aku penuh dengan chocolates. Dekat rumah siap ada refill lagi. Dalam kelas aku makan bila ngantuk. Tapi pandai-pandai cover lah jangan bagi cikgu nampak. Ni lah apa yg aku buat kalau taknak bosan+ngantuk dalam kelas. Kadang-kadang malas nak bangun pergi tandas basuh muka so apa aku buat? Aku makan.

8 Solat
- Ok yang ni biasa lah, pi mana pun orang akan pesan suruh solat. Abah aku kata, kita pandai tara mana pun, once kita lupa Allah, Allah boleh tarik balik kelebihan tu bila-bila masa ja. Duk sibuk baca banyak-banyak tapi kita lupa siapa yang nak izinkan kita paham apa yg kita study tu. Nak berjaya kena usaha, doa, tawakkal. Kalau tak buat salah satu, hm jangan harap lah nak berjaya. Ada orang solat cincai-cincai pun pandai hahaha takyah lah nak pedulikan depa tu, tu namanya istidraj, Allah nak uji depa cara tu. Solat baik-baik laaa, mintak doa banyak-banyak. And trust his timing.


ps , tips ni untuk diri aku jugak yg banyak main padahal tahun depan nak spm. yang suka tidur dalam kelas. yang selalu kena marah dgn cikgu (takpun). okbai