Road To Aceh


Yep I am still alive..........
NOTE - POST NI PANJANG YEKKK
I just came back home from Aceh btw and it was a fun trip tbh. I got the chance to look at how the tsunami that happened 12 years ago had changed the whole Aceh.
Duration dari Penang to Aceh lebih kurang 1 jam 40 minit macam tu lah. Kami tiba di airport Sultan Iskandar Muda dalam 9.40am waktu Indonesia, it was a small airport compared to Penang International Airport but nvm haha.. 

Kami tak pergi terus ke hotel, kami ke tanah perkuburan Masal Siron first. And lemme tell ya, the graveyard was hugeeeee. Tanah perkuburan tu adalah yang terbesar di Aceh menempatkan lebih kurang 400,000 korban tsunami. Dahla besar, kami dapat maklumat yang mayat ditanam secara bertingkat sebanyak 5 tingkat... Can you imagine datttt?!! Gambar takdee untuk yang ini sebab rasa kurang sopan pulak ambil gambar dekat kubur.. But if you wanna see how huge that graveyard is, just google it..

Then kami ke satu binaan ni, (taktau nama apa hehe), dan dari situ boleh tengok sebahagian Aceh dan yang paling utama dapat tengok Masjid Rahmatullah (tapi jauh). Fyi, masjid ni adalah masjid yang dekat dengan laut but tak rosak pun masa tsunami dulu.. Semua rumah dan binaan lain hancur terus waktu tsunami tapi masjid ni tak runtuh pun.. Sesuailah dengan namanya, rahmat Allah.. View atas tu lawaaaaa sebab boleh nampak laut dan pulau-pulau...



Lepastu kami ke Muzium Tsunami. Besaq weh dahlaa lawa.. And banyak lah jugak info yang saya dapat.. Ni nak ceritaa (taknak baca pun takpa sebab mungkin ada yang dah tauu hehe). Dulu sebelum tsunami ada terjadinya gempa bumi. Lepastu banyak ikan naik ke darat.. Masa tu penduduk di situ taktahu lagi yang itu tanda tsunami sooo ramai yang ke laut sebab nak tangkap ikan-ikan tuu dan itu salah satu punca ramai yang terkorban.. Air laut datang laju sangat, sekelip mata ja.. Masa tu ada yang lari dan bagitau penduduk lain suruh lari sama sebab air laut naik, tapi ramai yang tak percaya sebab tak tahu apa itu tsunami.. Bila air laut datang, semua tak mampu nak buat apa.. Nak lari memang tak mampu, nak berenang pun tak mampu. Sebab air yang datang tu air dari dasar laut, panas dan beracun. Sebab itu ramai yang terkorban, banyak mayat yang hangus, hitam... Gelombang tsunami tu setinggi setengah bukit, bayangkan cemana nak lariiii?? Ok dahdahh.


Then esoktu kami ke kapal PLTD Apung. Kapal yang teramat besar yang terletak di tengah kampung sebab dibawa oleh tsunami. Kapal ni dibawa ke Aceh sebab dulu ada peperangan antara TNI dengan GAM.. Kapal ni besar sangat.... Waktu tsunami dulu ada 7 orang atas kapal ni, tapi seorang je yang terselamat. 6 orang yg lain panik so mereka terjun dari kapal tu dan habis dihanyutkan tsunami. Yang seorang tu terselamat sebab dia tertidur waktu tsunami tu. Waktu dia sedar tu kapal tu dah ada di tengah kampung. See besarnya kuasa Allah.. Sekarang yg seorang tu dah berpindah kerja di tempat lain sebab trauma.... Oh dalam kapal tu sekarang ada mini muzeum.. Dan kemungkinan di bawah kapal tu ada mayat lagi tapi tak mampu nak ambil sebab kapal tu besar dan berat...


Lepas tu kami ke Masjid Baiturrahman yang teramat lawa dan besar.. Masjid ni dalam proses nak bina payung elektrik macam Masjid Nabawi tu. Dalam 2018 dijangka siap.. But masjid tu sangat lawa, dengan kubahnya yang warna hitam.. Kami ke situ sekejap ja sebab nak solat Zuhur lepastu terus ke tempat lain.. Tapi satu ja perbezaan masjid di Aceh dengan masjid di Malaysia yang saya perasan, dekat Aceh takda penghadang antara tempat solat lelaki dan perempuan..


Next kami keeee satu kampung ni (tak ingat nama apa).. Di kampung tu ada satu kesan tsunami yang dijadikan tempat pelancongan. Ada satu kapal nelayan yang terletak di atas satu rumah sebab dibawa tsunami.. Kapal nelayan tu takda lah besar tapi dia landing elok ja atas rumah orang.OK NI NAK CERITA LAGI, TAKNAK BACA PUN TAKPA HAHA. Atas kapal tu dulu ada ramai yang terselamat. Dulu waktu tsunami, penduduk kampung tu panik lepastu depa naik ke tingkat atas rumah-rumah dekat situ, masa tu air dah paras leher.. Tiba-tiba kapal tu datang dan depa ingat tu kapal penyelamat.. Tapi kapal tu pergi macam tu ja, tak berhenti pun dekat rumah yang ada orang tu.. Lepastu orang-orang kat situ mula panic balik dan ada yg berdoa sebab nak selamat.. Tiba-tiba ja kapal tu patah balik... Orang dekat situ mula panjat atas kapal tu sebab depa ingat tu kapal penyelamat. Tapi bila depa dah ada atas tu, takda penyelamat pun sebenarnya, kapal tu cuma datang sebab dibawa air.. Kapal tu patah balik sebab tu kuasa Allah.... Dan lepastu kapal tu stop di atas salah satu rumah dekat situ sampailah sekarang..


Third day kami ke muzeum ja banyak.. First kami ke Rumoh Aceh yang aku taktahu sangat kisah dia sebab malas ambil tahu dan masa tu mengantuk zzzz. Tapi muzeum banyak pasal kisah Aceh sebelum tsunami ja.. 

Then kami ke satu kampung ni di mana terletaknya satu kubah masjid.. Kubah je, masjid nya hancur sebab tsunami.. Tapi orang di situ cakap, waktu tsunami, kubah tu terapung elok ja sedangkan beratnya 8 tan.. Adalah beberapa orang yg selamat atas kubah tu. Kubah tu pun landing elok ja tengah-tengah sawah tak terbalik pun... See kuasa Allah......



Lepastu kami ke Gunungan Aceh. Nama ja gunung tapi bukan gunung. Tu satu binaan yang dibuat oleh Sultan Iskandar Muda untuk Putri Kamaliah.. Binaan tu dibuat dari pasir, batu kapur dan putih telur jaa... Tapi waktu tsunami binaan tu tak terjejas pun.. Adalah sejarah binaan tu, boleh google sebab aku taktahu sangat hehe..


Then kami ke Masjid Rahmatullah. Haritu dapat tengok dari jauh tapi kali ni kami solat dekat situ.. Memang dapat tengoklah betapa dekatnya masjid tu dengan laut tapi tak runtuh pun waktu tsunami.. Gambar lupa ambil asdfghjkl.. Lepastu kami ke Pantai Lhoknga.. Laut tu lautan hindi. Laut yg open dan menakutkan. Ombak dia tak macam ombak dekat Malaysia haha.. Sekali datang besar nawww.. Pusat gempa dekat situ.. Memang kawasan dekat situ musnah habis, hancur, hilang tinggal tapak ja kecuali masjid tadi.. Tapi sungguh teramat sangat amat lawa pantai tu.....


Dan laut tu adalah destinasi akhir kami. Kalau tak kami nak ke Pidie Jaya tapi waktu perjalanan tu tiba-tiba ada gempa dekat situ maka cancel ajalah, takkan nak cari nahas pulak.. Kami ada ke rumah anak yatim tapi gambar takdaaa sebab sedih sangat, beza anak yatim di situ dengan di sini hm... Boleh kata anak yatim di sini 50 kali ganda mewah lah. Di sana memang susah...Hikmah tsunami yg terjadi memang banyak, peperangan dah tamat, banyak pelancong datang, banyak orang ditawarkan kerja jadi driver etc. dan banyak lagi. okkk

Pagi Isnin kami ke airport dan naik flight sampai dekat Penang........ So habislah di situ.
Sorry for the long post. Hehehe... I highly recommend this place. Sambil travel sambil ambil pengajaran dan sambil tu boleh lihat kebesaran Allah. 
Ok bye..







5 comments:

Anonymous said...

ad satu gmbar slh letak tu yg ckp bleh tgok masjid rahmatullah ad sebelahnya gmbar tmpt lain

Eyqa Zq said...

Bestnya awak. And the pictures actually was so stunning ^^

Blue Ant said...

✌✌ Aw thank you huhu..

Ratna said...

Cantik and nice

Ana Suhana said...

One of my wishlist nie. 😍

Post a Comment