World JOTA JOTI


Salam pengakap.

Sepatutnya post ni dipublishkan semalam tetapi disebabkan hal yg aku sendiri tak boleh nak elak maka harini je lah aku settlekan huhu.

Ahad1610, berlangsungnya world jamboree dan aku pun apa lagiiiiii mesti dan wajib join lah. Sebenarnya jamboree ni dua hari, sabtu dan ahad sebab radio seluruh dunia beroperasi waktu sabtu malam tu.  Tetapi sekolah aku buat keputusan hanya join sehari ja sebab taknak susahkan ajk peralatan yg sibuk dengan exam. Kalau takda dia, khemah dan segala peralatan tak boleh digunakan sebab kena buat laporan semua bagai.



Jamboree ni berlangsung serentak dan bagi di Kedah, ada 4 pusat je kot. Salah satunya di SK Sri Kulim. Ada ramai jugak scouts yg join dari macam-macam sekolah. Bagi sekolah aku, SMK Sultan Badlishah, ada 23 orang kot, //kalau tak ramai lagi, tetapi waktu ni form 4 tengah exam so...// 

Bila sampai je dekat sekolah tu, kami dibahagikan kumpulan. Masa ni pelik jugak lah, jamboree yang aku join sebelum ni mana ada kumpulan, bergerak secara individu ja. Dan aku ditakdirkan masuk dalam kumpulan 10. Masa tu lega jugak sebab ada senior satu sekolah dalam group yg sama so takda lah awkward sangat. Tapi still confuse tho, kumpulan ni untuk apa? Kalau kena bergerak secara kumpulan memang takda harapan lah aku nak dapat anugerah emas //macam sebelum ni ><//..

Then kami dengar taklimat jap. Macam biasa, dia terangkan pasal radio amatur tu cuz scout is all about radio.. Lepastu dia terangkan kenapa dibuat kumpulan.. Dia cakap, memandangkan ini world jamboree, so semua orang kena rasa pengalaman sendiri dalam semua aktiviti. Kalau buat macam sebelum ni, tak semua akan rasa pengalaman bagi setiap aktiviti sebab sijil emas, perak, gangsa dah habis so mereka akan stop. Dan kesimpulannya memang takkan ada pertandingan or perebutan sijil pencapaian, yg ada cuma sijil penyertaan. Masa tu memang frust gila sebab aku datang semata-mata nak sijil emas hahaha. But after all, ada betul jugak keputusan tu haha.

Checkpoint pertama kumpulan kami adalah di morse code. Oleh sebab aku dah berpengalaman maka aku gerak dulu nak test dan aku lulus hehehehe.Masa tekan code dekat mesin tu, kakak kelana tanya aku, ''Dulu pernah join dah kan? Selalu jugak jumpak dekat jamboree.'' Waktu tu seronok sebab org cam aku haha. Then kami pergi ke checkpoint semaphore flag, yg ni yg bendera tuuuuu. Then kami ke checkpoint J code dan Q code. Yg ni agak best sebab kena hafal hewhewhehwhwe. Lepastu kami ke phonetic alphabet checkpoint. Yg ini lagi best sebab aku pun taktau. Yg alpha bravo charlie semua tu, aku rasa yg ni paling best ><  Dah selesai code semua benda ni, kami ke station radio pulak.


Yg ini paling lama nak menunggunyerr sebab ada gangguan dari stesen lain lah apa lah, but the best part is, I got my chance to speak through the radio. Satu kumpulan hanya dua org je wakil untuk bercakap. Memandangkan semua taknak jadi wakil maka aku pun dengan bangganya bangun dan volunteerkan diri haha. Aku pun taktau aku bercakap dengan orang dari stesen mana tapi bangga jugak sebab org dari stesen tu cakap aku berani dan suara jelas hahahahaha. By the way, it was my first time on the air. Dan kami dapat info yg sabtu malam tu, mereka dapat connect dengan scouts dari Europe, Japan, Indonesia dan banyak lagi dari luar negara. Disebabkan kami datang hari Ahad, maka peluang nak connect dengan luar negara agak tipis sebab scouts negara lain mungkin dah habis jamboree ni disebabkan perbezaan time zone..(kot)

Dah selesai semua ni, kami ke dewan dengar ucapan dan perasmian penutup oleh Dato' Sabrina.. Bila dah dirasmikan, kami ramai-ramai buat tepukan pengakap and I got goosebump weyy sebab boleh rasa semangat pengakap tu.. Best dan teramat best walaupun lain dari jamboree sebelum ni.. Boleh tambah collection lencana dan sijil dan woggle. 

Here are some extra photos....

 

Kkkkkkkbye...


No comments:

Post a Comment