PT3 Independence Day !

Finally..



12102016, hari di mana aku boleh tinggalkan semua buku buat sementara hehehe. Tahun ni post tak banyak. Sebab apa? Sebab sibuk dengan PT3 (padahal tak sibuk pun). Tapi harini yatohannn bahagianya. Phone, laptop, semua hak milik aku sekarang takda siapa pun ada hak nak ganggu aku dah. 

Tak, sekarang nak bercerita pasal kisah PT3 yang baru saja ditempuhi dengan penuh semangat (takpun). 

10/10 bermulah subjek BM dengan Math. BM ni bukanlah fav subjek aku sebab aku tak pandai pun nak mengayat bagai ni maka jom lupakan BM. Ok, Math... Haa yang ni all time fav. Entahla, ramai orang benci Math, tapi bagi aku Math lah yang paling best. PT3 Math alhamdulillah agak senang la tapi soalan tak menarik dan tak mencabar sangat berbanding trial haritu hah. KBAT dia tak macam KBAT sangat. Aku cuma nak soalan mencabar je hihi. Dakla bukan apa, bila kita dapat solve soalan susah kan, hanya tuhan je tahu betapa seronoknya nak melompat weh hahaha. Kesimpulan hari pertama, memuaskan lah jugekkk.

11/10 second day, subjek English dan Science. Haa english, ini pun subjek fav ni. Kenapa? Sebab aku ni suka tengok video / baca buku english. Bila jumpa perkataan baru yg menarik, aku rasa excited nak letak dalam karangan haha. Dan satu lagi, aku tak pernah buat ayat yg serious, i tryna keep it cool so teacher pun takde lah nak serious masa mark paper aku (haaa nampak dakk). Science pulak. HAHAHAHA yg ni lah yg paling aku geram sekali. Dalam semua subjek PT3, Science lah yang paling aku tak boleh nak jawab sangat. Malas nak sembang pasal Science sebab meluat sangat. Tapi serious ah memang aku tak pernah minat Science so that explains everything lol. Kesimpulan hari kedua, pasrah dengan science....

12/10 Wwaawawawww last day. Subjek Agama dengan KH. Agama aku tak berapa nak risau sangat memandangkan hampir semua soalan adalah KBAT so takyah study lerr haha. Ada lah jugak soalah sirah, tapi tanya pasal Saidina Hamzah, itu pun 3 soalan jekk. Satu benda ja aku tak suka, kena tulis banyak. Paper aku banyak contengan dan sengaja lah taknak padam so ustazah akan ingat aku ni berfikiran kreatif hahahaha jangan kecam gaisss. KH pulak em subjek yang paling susah untuk aku score high mark. Mungkin kerana tiada kemahiran nak hidup hm siapa tahu lol. Tapi serious ah, susah sangat dapat A. Tapiiiiiii soalan PT3 KH tadi sangat menggembirakan hehehwhew. Senang lah jugak. Selalunya markah exam aku akan cacat pada subjek KH. Susah sangat dia bertukar jadi A tapi insyaAllah PT3 boleh dapat..

Maka berakhirlah semuanya, perjuangan selama 15 tahun.. Ok, aku tahu akan ada yang pesan jangan gembira sangat, tak SPM lagi.. Ek janganlah spoilkan mood aku. Oh bagi yang tertanya kenapa 6 subjek ja... Sejarah dengan Geo takde exam. Kena buat kerja kursus ja. Sejarah kena buat pasal bangunan bersejarah, masa tu memang usaha sungguh la sampai number phone penyelia bangunan tu pun aku korek haha. Geo pulak pasal pengangkutan awam. Geo tak menarik sangat so... 8 subjek ni + lisan BM dan BI jadilah 10... Dan bagi yang tertanya kenapa guru yg mark paper.. Entah aku pun taktau, tapi akan ada jugak pentaksir dari lembaga peperiksaan akan check balik (bukan semua paper lah) .. Lagi bagus kan hahaha.

Sekarang aku tengah bahagia hahahaha. Takyah bercinta, selesai PT3 pun cukup menggembirakan tau dakk haha. Esok memang takmau pi sekolah tapi exam B.Cina dan B.Tamil tak habis gi so kami yg tak terlibat pun kena pergi sekolah. Entahla apa motifnya. Harap-harap dapat bahagia macam ni jugak waktu ambil result hahahaha.. 

Bye.

Ni pulak saja lah aku nak letak gambar. Right after PT3 ended..

         
 

Okkkkkkkkkk.





1 comment:

Mrs. A said...

Good luck! ya...
Semoga mendapat keputusan cemerlang.
In Sha Allah.
Anak sedara Mrs. A pun ambil PT3 SMKPZ

Post a Comment