Perkara Sunat Yang Sangat Dituntut di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan ya ukhti wa akhi. Macam yang dijanjikan *ayat baku . Ok okkk okk , dalam post sebelum ni, ana dah janji nak update post pasal 'Perkara Sunat Yang Sangat Dituntut di Bulan Ramadhan' kannn ? Ok, dah janji tuu mestilaa kena tunaikan ye dokk ? 

Ok jum start takmau buang masa , satgi Brazil lawan Colombia . Sebelum tu, sapa yang nak tengok live , boleh tekan SINI . Heee okay dah cukup !!


 Mengkhatamkan al-Quran

Macam biasalah, dalam Ramadhan nii amalan yang kita buat akan dapat balasan yang berganda. Baca al-Quran pahalanya beganda-ganda sebab 1 huruf bersamaan 10 pahala. Nak tau cara khatam Quran dalam bulan nii cemana? Ok dalam Quran kita , Resm 'Usmani , 1 juzu' bersamaan 20 muka surat. So nak senang, satu solat fardhu , kita baca 4 helai muka surat. 2 muka surat sebelum solat dan 2 lagi selepas solat. Bermakna, kita baca 20 muka surat iaitu 1 juzu' dalam sehari. Amalkan dalam 30 hari in shaa Allah boleh laaa khatam Quran tuu dalam masa sebulan. 


 Memperbanyakkan Doa

Ramadhan ni antara bulan yang mana doa-doa kita akan dimakbulkan. Ingat !! Jangan berdoa untuk kita jaa. Ingat orang lain sama, doakan untuk ibu bapa, keluarga, saudara, kawan, cikgu, and so on laaa. Masuklaaa syurga berjemaah in shaa Allah. 


 Solat Terawih

Ok, biasalaa . Asalkan puasa jaaa mesti ada terawih. Walaupun terawih cuma sunat, tapi apa salahnya kalau kita kutip pahala lebih kann? Lagipun terawih nii cuma ada dalam Ramadhan jaa. Bila lagi nak terawih kalau bukan dalam bulan puasa ye dokkk ?


 Memberi Ifthar

Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurang sedikit pun" (Bukhari Muslim) Hadis sahih yeee . 


 Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi). Sedekan pun jangan nak riak / takabbur. Biar Allah ja yang tau. Okay ? Zakat Fitrah adalah diwajibkan untuk menyempurnakan puasa. 


 I'tiqaf

I'tiqaf ni ialah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Orang yang beri'tiqaf hendaklah banyakkan berzikir , istighfar , baca al-Quran , doa , buat solat sunat dll.


 Banyakkan Buat Baik

Ramadhan ni laaa orang berebut-rebut nak buat baik. Peluang emas lah kann. Peluang nak tambah pahala. Tapi kena ingat , buat baik bukan masa Ramadhan jaaa. Kita hamba Allah , bukan hamba Ramadhan. 


Ok bye moga melekat jugak apa yang ana tulis dalam otak tuu. Heeee ok bye. 2.30 AM and soon Brazil lwn Colombia. Doakan Brazil menang In Shaa Allah. Wassalamualaikum ma'assalamah wa illalliqa'.


Post a Comment