10 Malam Terakhir

Assalamualaikum.


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan peluang untuk bernafas pada 10 malam terakhir Ramadhan nii. Hari-hari yang memiliki kelebihan. Rasulullah SAW menggandakan ibadahnya berbanding hari lain.

KEUTAMAAN 10 MALAM TERAKHIR.

 Rasulullah SAW serius dalam melakukan ibadahnya. Peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada sejenis ibadah tertentu sahaja namun meliputi semua jenis ibadah baik seperti solat, tilawatul al-Quran, zikir, shadaqah dan sebagainya.

 Rasulullah membangunkan isteri-isteri baginda supaya berjaga melakukan ibadah. Semangat baginda sangat besar dan mahukan keluarganya juga mendapat keuntungan besar pada masa utama berikut.

 Rasulullah SAW beri'tiqaf. Baginda mengasingkan dirinya dengan aktiviti dunia dan menumpukan pada ibadah baginda.

 Terdapat satu malam yang lebih baik berbanding seribu bulan dinamakan malam Lailatul Qadr. Suatu malam yang penuh barakah.


Upcoming post - 'Lailatul Qadr' in sha Allah kalau panjang umur. Soalan boleh ditanya kepada orang yang lebih berilmu daripada ana. Wassalamualaikum ma'assalamah wa ilalliqa' . :)

-Hanna-






Post a Comment