The Liebster Award

Assalamualaikum ladies and gentlemen. Pernah dengar Liebster Award ni? Tak? Ok aku pun sama. Tapi itu dulu :P . 


The Liebster Award

RULES OF THE LIEBSTER AWARD

 THANK the person who nominated you, and post a link to their blog on your blog. 
 ANSWER the 11 questions asked.
 NOMINATE 11 other bloggers that have less than 1000 followers.
 CREATE 11 of your own questions for them to answer.
 INFORM them that they've been nominated.



 Got this award from Ukhti Balqis
 Questions asked from Ukhti Balqis :

 DESCRIBE ABOUT MY BLOG (blog ukhti balqis)
 Seriously okay, saya jujur. Blog akak cun melecun gitu tauu. Kemas, semuanya tersusun rapi. Dengan warna purple, background polkadot, memang cantik sangat.

 WHEN DO YOU START BLOGGING?
 Saya ni sebenarnya, start masa umur 9 tahun. Tapi iyalaaa blog cincai-cincai jaa, budak-budak lah katakan. Posts pun childish ja. BLOG LAMA DAH DIDELETE. Dan blog yang saya pakai sekarang ni, saya start masa bulan Jun 2014. Tahun ni laa, dan sekarang dah 13 tahun. :p

 WHY DO YOU BLOG?
 Kenapa ahhh..? Hm maybe bosan masa first-first create blog ni kot. Tapi lama-lama rasa best jugak. Satu lagi, of course nak share pendapat or something. Iyalaa apa guna kalau share sorang-sorang kannnnn.

 WHAT DO YOU LIKE ABOUT BLOGGING?
 For sure, boleh isi masa lapang. Atau mungkin boleh naikkan semangat masa buat homework sebab selalunya saya buat homework sekerat jaa, pastu bukak laptop search www.blogger.com. Mana boleh buat homework tak henti (mungkin saya sorang ja). Lepastu, boleh tambahkan kreativiti saya. Sebab seni ni bukan minat saya, dan tak pernah-pernah dapat A untuk seni. So dengan cara hias-hias blog ni boleh tambah laaa kreativiti tu ann.

 WHAT DO YOU DISLIKE ABOUT BLOGGING?
 Jujur ni okay.. Saya tak suka blogging ni sebab satu perkara ni jaaa. Kadang-2 post ter-update sampai dua kali. Masalah ni masih belum diselesaikan. =S . Kebanyakan tutorial tak menjadi weh.

 WHAT IS YOUR FAVOURITE QUOTE?
 Okay this quote is from Bob Marley I guess. "Don't worry about a thing. Every little thing is gonna be alright." Awesome what.. And Bob Marley is a legend.

 THE BEST THINGS, DESCRIBE ABOUT YOU
 About me ehh? Ahh sebelum tu, takda niat untuk riak okay =D . Saya anak jati utara. From utara, tinggal pun utara. Utara Malaysia lah bukan utara dunia. Saya seorang yang faham perasaan orang lain *ini pendapat classmate saya yaaaa*. Then saya suka Mathematics. BECAUSE I LOVE COUNTING MONEY HUAAAHAHAHA. Saya legend sekolah rendah saya dulu. Sebab saya penolong ketua pengawas yang paling awesome a.k.a malas. Andddd I love cats.

 DESCRIBE 3 FUTURE GOAL IN YOUR LIFE
 First, dapat jadi detektif ! 
Second,  PT3 & SPM nanti, saya dapat straight A !
Third, dapat pergi Mekahhhhhhhhh !

 LIST YOUR FAVOURITE SOCIAL MEDIA IN ORDERLY MANNER
 ORDERLY MANNER YEE.
#1 WeChat
#2 WhatsApp
#3 YouTube
#4 Facebook

 WHAT IS YOUR DREAMS?
 Nak jadi detektif, nak belajar oversea, nak pergi Mekah, nak jumpa hampa semuaaa !

 WHAT IS THE HARDEST THING YOU'VE EVER DONE / THE BIGGEST OBSTACLE YOU'VE FACED IN YOUR LIFE?
 Panjang bebenor soalannya. Seronok dapat kuasa jadi penolong ketua pengawas then kena baca ikrar atas stage tapi tak ingat. Benda tu memang tak boleh lupaaa ! Malu weh >< . Masa tu, sekolah saya baru ja tukar Guru Besar. So habis satu sekolah malu dengan GB because of me !

                

 Questions for you that have been tagged:
#1   Your opinions about my blog?
#2   Who are your favourite bloggers?
#3   Do you think you have an awesome ambition like me? Tell me what is your ambition.
#4   Do you prefer dikritik or dipuji ? Give a reason.
#5   Tell me what is your biggest dream.
#6   What is your favourite subject?
#7   Who is your crush? He/she knows that you have a crush on him/her?
#8   Bejihad di Gaza atau pergi Mekah?
#9   How old is your blog?
#10 What is your favourite colour? Give a reason.
#11 What is your favourite song? 

 11 lucky blogs.
http://smilingsafieqa.blogspot.com/
http://kakaktiricinderella-stories.blogspot.com/
http://fuzamusa.blogspot.com/
http://dikna-sya.blogspot.com/
http://miss-af-story.blogspot.com/
http://schazjohari.blogspot.com/
http://hati-qaseh.blogspot.com/
http://sebabakusabrina.blogspot.com/
http://sinuhadentist.blogspot.com/
http://muselights.blogspot.ca/
http://bicaranurul.blogspot.com/



10 Malam Terakhir

Assalamualaikum.


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan peluang untuk bernafas pada 10 malam terakhir Ramadhan nii. Hari-hari yang memiliki kelebihan. Rasulullah SAW menggandakan ibadahnya berbanding hari lain.

KEUTAMAAN 10 MALAM TERAKHIR.

 Rasulullah SAW serius dalam melakukan ibadahnya. Peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada sejenis ibadah tertentu sahaja namun meliputi semua jenis ibadah baik seperti solat, tilawatul al-Quran, zikir, shadaqah dan sebagainya.

 Rasulullah membangunkan isteri-isteri baginda supaya berjaga melakukan ibadah. Semangat baginda sangat besar dan mahukan keluarganya juga mendapat keuntungan besar pada masa utama berikut.

 Rasulullah SAW beri'tiqaf. Baginda mengasingkan dirinya dengan aktiviti dunia dan menumpukan pada ibadah baginda.

 Terdapat satu malam yang lebih baik berbanding seribu bulan dinamakan malam Lailatul Qadr. Suatu malam yang penuh barakah.


Upcoming post - 'Lailatul Qadr' in sha Allah kalau panjang umur. Soalan boleh ditanya kepada orang yang lebih berilmu daripada ana. Wassalamualaikum ma'assalamah wa ilalliqa' . :)

-Hanna-






Perkara Sunat Yang Sangat Dituntut di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan ya ukhti wa akhi. Macam yang dijanjikan *ayat baku . Ok okkk okk , dalam post sebelum ni, ana dah janji nak update post pasal 'Perkara Sunat Yang Sangat Dituntut di Bulan Ramadhan' kannn ? Ok, dah janji tuu mestilaa kena tunaikan ye dokk ? 

Ok jum start takmau buang masa , satgi Brazil lawan Colombia . Sebelum tu, sapa yang nak tengok live , boleh tekan SINI . Heee okay dah cukup !!


 Mengkhatamkan al-Quran

Macam biasalah, dalam Ramadhan nii amalan yang kita buat akan dapat balasan yang berganda. Baca al-Quran pahalanya beganda-ganda sebab 1 huruf bersamaan 10 pahala. Nak tau cara khatam Quran dalam bulan nii cemana? Ok dalam Quran kita , Resm 'Usmani , 1 juzu' bersamaan 20 muka surat. So nak senang, satu solat fardhu , kita baca 4 helai muka surat. 2 muka surat sebelum solat dan 2 lagi selepas solat. Bermakna, kita baca 20 muka surat iaitu 1 juzu' dalam sehari. Amalkan dalam 30 hari in shaa Allah boleh laaa khatam Quran tuu dalam masa sebulan. 


 Memperbanyakkan Doa

Ramadhan ni antara bulan yang mana doa-doa kita akan dimakbulkan. Ingat !! Jangan berdoa untuk kita jaa. Ingat orang lain sama, doakan untuk ibu bapa, keluarga, saudara, kawan, cikgu, and so on laaa. Masuklaaa syurga berjemaah in shaa Allah. 


 Solat Terawih

Ok, biasalaa . Asalkan puasa jaaa mesti ada terawih. Walaupun terawih cuma sunat, tapi apa salahnya kalau kita kutip pahala lebih kann? Lagipun terawih nii cuma ada dalam Ramadhan jaa. Bila lagi nak terawih kalau bukan dalam bulan puasa ye dokkk ?


 Memberi Ifthar

Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurang sedikit pun" (Bukhari Muslim) Hadis sahih yeee . 


 Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi). Sedekan pun jangan nak riak / takabbur. Biar Allah ja yang tau. Okay ? Zakat Fitrah adalah diwajibkan untuk menyempurnakan puasa. 


 I'tiqaf

I'tiqaf ni ialah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Orang yang beri'tiqaf hendaklah banyakkan berzikir , istighfar , baca al-Quran , doa , buat solat sunat dll.


 Banyakkan Buat Baik

Ramadhan ni laaa orang berebut-rebut nak buat baik. Peluang emas lah kann. Peluang nak tambah pahala. Tapi kena ingat , buat baik bukan masa Ramadhan jaaa. Kita hamba Allah , bukan hamba Ramadhan. 


Ok bye moga melekat jugak apa yang ana tulis dalam otak tuu. Heeee ok bye. 2.30 AM and soon Brazil lwn Colombia. Doakan Brazil menang In Shaa Allah. Wassalamualaikum ma'assalamah wa illalliqa'.