Whadupp SPM

Image result for aesthetic successful gif

Alhamdulillah I did it!

Pengakhiran yang bermakna bagi diri aku. Pengakhiran yang membanggakan bagi kedua-dua ibu dan abah aku, bagi keluarga aku. Pengakhiran zaman sekolah menengah sebelum aku melangkah masuk ke alam yang lebih mencabar. Yas, I did it!

14 Mac lalu aku dan rakan-rakan sebaya sudahpun terima keputusan SPM yang dah lamaaaa kami nantikan hehehew. Alhamdulillah alhamdulillah. Bila terima ja keputusan tu, aku boleh katakan bahawa segala kepayahan dan tekanan waktu zaman tingkatan 5 dulu paid off juga akhirnya.

Dulu aku hampir nak merayu untuk ditukarkan sekolah memandangkan sekolah aku tu semua aliran sains. Dulu aku hampir untuk berserah segala-galanya dekat tuhan, biarlah takdir yang menentukan hidup aku. Dulu aku pernah tak hiraukan guru-guru aku sebab aku rasa takda makna pun. Dulu aku pernah jauhkan diri daripada kawan-kawan sebab aku rasa aku tak layak berkawan dengan orang bijak..

Ceh, aku sembang macam dah hidup lama. 

Apa-apa pun, aku bersyukur aku dapat kesedaran awal.. Terima kasih semua yang terlibat dalam membimbing aku ke jalan yang benar semula di saat aku terpesong jauh. Mwah :p

Alhamdulillah.. Berjaya jugak aku peroleh keputusan yang lebih daripada apa yang aku jangka..


Tahniah untuk rakan-rakan aku yang lain yang berjaya dapat semua A hehe. Setakat ini ja aku mampu, memang dah dijangka subjek add math aku begitu haha. Aku bersyukur, ni pun dah sangat-sangat bermakna :D

Akhir sekali, terima kasih semua dan maaf jika aku full of myself huhu.